Isnin, 16 Ogos 2010

MutiARa MiNDa

Teringat pesan ayahanda...

                "Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira
                berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah,
                betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

                Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
                Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
                menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa
                tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang
                berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang
                kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,

Selasa, 10 Ogos 2010

selamat menyambut ramadhan almubarak

salam kasih abadi..
  
  SYAABAN telah berlalu pergi...kini RAMADHAN datang kembali..semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita dan memberikan 1001 keberkatan dan keinsafan dalam diri..
 Andai diri ini tersilap kata..haraplah dimaafi.
Andai diri ini terlalu leka..ingatkanlah..
kerana diri ini terlalu leka dengan fatamorgana dunia..
Kepada sahabat 2 yang dikasihi selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK..
semoga segala ibadat dan amalan kita diterimaNYA..

Rabu, 4 Ogos 2010

Muhasabah Kehidupan

Pengembaraan paling jauh adalah perjalanan kita menghadapi liku-liku kehidupan di alam maya ini,mendesak dan meminta kita menjadi insan yang tabah demi mengecapi setitik madu kebahagiaan yang manis.Nikmatilah ia selagi kita mampu mendapatkannya,...dan jangan sesekali berputus asa andai tiba-tiba kita tertelan hempedu kedukaan yang pahit kerana itu adalah penawar yang akan memberi kita segunung kekuatan untuk kita meneruskan pengembaraan hakiki kehidupan ini...