Rabu, 3 Ogos 2011

RAMADHAN KEMBALI LAGI

Doa Jibrail m'jelang Ramadhan:Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad,apabila sblm masuk ramadhan dia x m'lakukan 3 hal ini:
1: x mnta maaf kpd kedua org tua (jika masih ada)
2: x bmaafan antara suami isteri ( jika sudah b'kahwin)
3: x bmaafan dgn orang sekitarnya..maka Rasulullah pun mengaminkny sbyk 3x..




Kini RAMADHAN kembali lagi bersama dengan seribu KEBERKATAN dan KERAHMATAN..Oleh itu saya mengajak semua  kaum muslimin dan muslimat,marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan di bulan ini.Banyak kelebihan-kelebihan yang telah dijelaskan didalam AL-QURAN dan HADIS.Salah satunya adalah hadis yang menerangkan tentang kelebihan bila masuknya bulan Ramadhan iaitu akan bukanya pintu-pintu Syurga dan tertutup pintu Neraka..


Abi Hurairah menyatakan daripada Rasullullah S.A.W telah bersabda ertinya:Apabila telah tiba Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan(hadis Imam Bukhari,Muslim,Nasa'ie,Ahmad dan Baihaqi..


Dalam melaksanakan ibadah puasa,kita haruslah menjaga tata tertib diri dan jauhkan diri   daripada melakukan perkara yang sia-sia.Dewasa kini sering kita lihat ramai anak-anak muda yang berpuasa hanya pada luaran tetapi tidak pada dalaman,mereka lebih suka melakukan perbuatan yang tidak berfaedah seperti bermain game,berchatting 24 jam dan tidur seharian..mereka lebih selesa melakukan hal sedemikian sehinggalah sampai waktu berbuka puasa.


saya sendiri melihat apabila waktu pagi ketika mana masjid atau pun surau-surau melakukan tadarrus,hanya sebahagian kecil sahaja yang hadir dan mereka daripada golongan yang  berumur.Saya selaku remaja amat berduka cita dengan keadaan kampung saya yang rata-rata ramai remaja tetapi tidak mempraktikkan kehidupan islam yang sebenar.
 
Dengan itu saya mengajak semua umat islam diseluruh dunia,marilah kita sebagai sorang muslim yang sejati,perbanyakkanlah ibadah kita dengan Allah,dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan keluarga disamping itu jauhkan lidah kita daripada berkata perkara2 yang tidak berfaedah,ikhlaskan niat kita semata2 kerana Allah taala..
Dari Abi Hurairah daripada Rasullullah S.A.W telah bersabda : Sesiapa yang mendirikan Ramadhan penuh dengan keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang lalu(hadis riwayat imam Bukhari,Muslim,Tarmidzi,Abu Daud,Nasai'ie,Baihaqi dan Ahmad.. 

       JOM SAMA-SAMA BERAMAL 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan